Thursday, February 15, 2007 Enjit-Enjit SemutHai kawan-kawan, sila klik lelaman berikut http://www.happeepill.com/cartoons/enjetsemut/enjet.htm
Monday, January 29, 2007 Karya Penaku - Mencari Harta KarunHi semua, saya akan berkongsi karya pena saya yang di tulis di sekolah pada minggu lalu. Saya harap rakan-rakan 5-jauhari yang lain dapat juga naik muatkan karangan mereka di blog mereka untuk di kongsi bersama. (Cikgu Khairiah, apa pendapat cikgu?) "Farid ialah seorang ketua pengakap di Sekolah Rendah Damai. Dia adalah seorang murid yang aktif dan sangat gemar aktiviti-aktiviti-lasak. Pada cuti penggal yang lalu, pasukan pengakap di Sekolah Rendah Damai telah menanjurkan perkheman di Pulau Ubin. Farid serta pengakap-pengakap yang lain berasa sungguh seronok kerana ini adalah pengalaman pertama mereka berkhemah di sana. Mereka pergi ke pulau itu dengan menaiki bot. Apabila tiba di kawasan perkhemahan, mereka di bahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Farid, Ali dan Erik mewakli kumpulan Helang. Mereka berasa gembira berada di kumpulan yang sama kerana mereka sangat akrab. Aktiviti hari pertama berjalan dengan lancar. Mereka diajar cara-cara menghidupkan api dan memanjat pokok. Pada malam hari, mereka berkumpul dan menyanyi mengelilingi unggul api. Pada hari terakhir, mereka di kehendaki menjelajah hutan bersama ahli kumpulan masing-masing. Semasa merentas hutan mereka pun terjumpa sekeping peta itu. Tiba-tiba Erik berteriak, “Eh! Kawan-kawan, lihatlah di sini”. Erik terpijak sesuatu yang keras. Mereka pun mula menggali lubang. “Lihat ada peti besi!” teriak Farid. Mereka bertiga pun bercadang untuk membuka peti itu kerana terlalu berat untuk diangkat. Mereka tergelak kerana di dalamnya tiada benda yang berharga hanya barang-barang perhiasan lama. Mereka pun membawa barang-barang itu ke tempat perkhemahan dan menceritakan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka semua tergelak. Guru menasihati supaya membawa ia pulang untuk dihantar ke muzium. Farid tersenyum setiap kali dia melawat muzium di Kampong Glam kerana perhiasan yang dijumpainya ternyata hazanah lama yang berharga."
Saturday, January 20, 2007 1 Muharam 1428HSelamat tahun baru Awal Muharam kepada Cikgu Khairiah & 5 Jauhari. Semoga kita selalu di rahmati & di berkati Allah dan harap semua akan lulus dengan cemerlang pada peperiksaan PSLE yang bakal dihadapi kelak. p.s miss u all "5 jauharian"
Saturday, October 28, 2006 Salam AidilfitriAidilfitri hari bahagia Hari yang mulia Mohon maaf bersama ku pinta Selamat hari raya
Saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya terutama kepada Cikgu Khairiah dan murid-murid 5-Jauhari.
Good Luck to All!!!
Friday, September 15, 2006 CORETAN JAUHARI #2: KISAH BISKUTSetelah membaca kisah biskut di http://5-jauhari.blogspot.com, berikut ialah pendapat saya; 1. Apakah yang berlaku jika wanita itu memarahi lelaki tersebut? Jika wanita itu memarahi lelaki itu, suatu pertengkaran mungkin akan berlaku. Lelaki itu akan memberitahu wanita itu bahawa biskut itu kepunyaannya. 2. Jika kamu menjadi wanita itu, apakah yang akan kamu lakukan kepada lelaki tersebut? Jika saya wanita itu, saya akan bertanya kepada lelaki itu mengapa dia mengambil milik saya tanpa meminta izin. 3. Apakah moral atau pengajaran yang kamu perolehi dari cerita di atas? Pengajaran yang saya perolehi dari cerita ini, jangan terburu-buru membuat andaian; kita harus selidik terlebih dahulu.
Tuesday, August 22, 2006 CORETAN JAUHARI #1: PENGALAMAN MENCABARRombongan pendaki istimewa jaya 'tawan' Gunung Kinabalu Setelah membaca teks mengenai lima orang cacat yang berjaya melakukan pendakian tersebut, ingin saya memberi pendapat. "Dalam apa keadaan kita sekalipun, jika kita berusaha dengan gigih dan mempunyai semangat yang kental kita pasti dapat mencapai kejayaan yang kita inginkan". Cakerawala Marikh Hai kawan-kawan, informasi berikut saya dapati dari sebuah e-mail yang menyatakan sesuatu yang menakjubkan akan berlaku pada 27hb Ogos 2006 pada jam 12:30 tengahmalam. Saya tidak pasti sama ada masa tercatit adalah waktu tempatan. Jika ianya benar-benar berlaku saya pasti tidak akan melepaskan peluang ini dan ingin kongsi bersama anda semua. Sila klik foto-foto berikut...
Friday, August 18, 2006 Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada Cikgu kerana memilih saya sebagai pemenang tempat kedua dalam peraduan yang lalu.Kawan-kawan sila klik disini untuk melihat sajak saya http://5-jauhari.blogspot.com Hingga di lain kesempatan...
|
Pengenalan Irfan Izzwandy bin Hasran
Arkib August 2006 Blogs My 1st Blog(Bahasa inggeris) Peliharaan Saya
Aku Ingin Bersuara
Jalinan Maya! Foto Album Kredit |